Hello World!

Kenaikan kadar harga langganan bulanan membuatkan aku beralih dari iWhost ke Jimat Hosting. Sejujurnya kenaikan hampir dua kali ganda daripada harga asal memang agak memeranjatkan dan sekaligus keluar daripada bajet selesa aku.

Walaupun blog sebenarnya tidak memberikan sebarang pulangan setakat ini, ditambah pula aku bukanlah seorang penulis yang baik, tetapi aku ada alasan tersendiri untuk melanggan perkhidmatan hosting.

Dengan harga RM79 setahun, Jimat Hosting sebenarnya menawarkan perkhidmatan yang sangat berbaloi.

Sejauh mana berbaloi dengan harga ini, hanya masa yang akan menentukannya.

Kongsi catatan ini?